1. Maklumat yang Kami Kumpul
MEGA JUNCTION RESOURCES komited dalam melindungi privasi anda. Apabila anda melawat laman web kami atau membuat pembelian, kami akan mengumpul maklumat peribadi asas yang anda berikan secara sukarela seperti:
- Nama sebenar anda
- Alamat pengeposan/penghantaran
- Alamat emel
- Nombor telefon
- Maklumat pembayaran (diproses secara selamat melalui CHIP Payment Gateway, kami tidak menyimpan nombor kad kredit penuh anda).
2. Bagaimana Kami Menggunakan Maklumat Anda
Maklumat yang dikumpul digunakan untuk tujuan berikut:
- Memproses, mengurus dan menghantar pesanan produk anda.
- Berkomunikasi dengan anda berkaitan status pesanan.
- Mengelakkan sebarang aktiviti penipuan (fraud detection).
- Menyediakan bantuan perkhidmatan pelanggan (customer support).
3. Perlindungan & Pendedahan Data
Kami TIDAK akan menjual, menyewa, atau menukar maklumat peribadi anda kepada pihak ketiga (third party) atas alasan pemasaran. Data anda hanya dikongsi kepada rakan strategik logistik kami (seperti syarikat kurier Ninjavan, J&T, Pos Laju) dan penyedia gateway (CHIP) bagi tujuan memproses transaksi semata-mata.
4. Penggunaan 'Cookies'
Laman web kami mungkin menggunakan 'cookies' yang disimpan ke dalam pemacu keras komputer anda untuk mengekalkan akses mudah pengguna. Ia membantu kami memahami tingkah laku pengguna untuk memperbaiki pengalaman melayari.
5. Perubahan Terhadap Polisi Privasi
Kami berhak untuk mengubahsuai atau mengemas kini polisi privasi ini pada bila-bila masa. Sebarang perubahan akan dimuat naik ke halaman ini berkuatkuasa serta-merta.
6. Pertanyaan Privasi
Sebarang kemusykilan mengenai cara kami mengurus data anda, anda boleh menghantar emel kepada megajunctionresources@gmail.com.